Menu
items. ▼ View Cart

WHITENING INJECTION - FAQ

SOALAN LAZIM :




1. Berapa lama saya akan dapat lihat keputusan?

Keputusan berbeza untuk setiap individu yang berlainan. Sesetengah dapat lihat seawal 2 ke 3 kali suntik, dan sesetengah akan lambat sikit mungkin 2 ke 3 kotak. Bergantung juga pada jenis produk yang anda beli. Pada kebiaaanya harga yang lebih mahal, kesannya lebih cepat.

2. Kenapa kesannya tidak sama, ada yang cepat dan ada yang lambat?

Kerana ianya bergantung kepada tahap metabolisma badan seseorang dan kadar penyerapan sel dalam badan. Berat badan seseorang sangat berkait rapat dengan kadar penyerapan. Jika seseorang mempunyai berat badan berlebihan, kadar penyerapannya lebih perlahan kerana bahan tadi perlu melalui lapisan tisu-tisu lemak sebelum meresap masuk ke dalam sel kulit. Oleh itu bagi individu ini, mereka mungkin memerlukan lebih dari 3 kotak untuk melihat kesan yang ketara. Tambahan pula jika mereka tergolong jenis kulit sangat gelap dan kasar.

3. Bolehkah kita mengambil glutathione dengan dos yang tinggi?

Boleh. Sebenarnya, jumlah dos glutathione yang tinggi perlu diberi pada individu yang memerlukannya.


4. Apakah kesan buruk jika mengambil glutathione dengan dos yang tinggi?

Setakat kajian dan penyelidikan yang dilakukan, tidak pernah lagi direkodkan kesan buruk kerana overdos. Yang pastinya, kesan baik yang akan anda perolehi kerana glutathione memberikan kesan pemutihan yang bagus.

5. Apa perbezaan antara suntikan glutathione dengan pil glutathione?

Melalui suntikan, bahan tadi akan menyerap terus ke dalam salur darah anda (kaedah iv) dan ini membolehkan ianya diserap sepantas darah anda bergerak ke seluruh badan anda. Berbanding dengan kaedah makan (pil), kaedah ini lebih perlahan kerana bahan tadi perlu melalui salur penghadaman, bercampur dengan makanan yang anda makan, dihadam bersama dan kemudian barulah segala nutrien dan zat-zat tadi akan disalurkan ke bahagian-bahagian yang diperlukan. Sepanjang tempoh penghadaman, sehinggalah proses penyerapan tadi, bahan-bahan yang dibawa bersama akan berkurang seiring dengan proses-proses yang terlibat. Ini kerana sebahagian besar bahan tadi telah hilang dan lenyap sebelum sempat ianya disalurkan ke sel kulit anda.


6. Bagaimanakah proses suntikan glutathione bertindak?

Sebatian unik glutathione mengubah pigmen melanin gelap menjadi cerah dan mengurangkan kepekatan melanocytes(bahan yang menghasilkan melanin gelap). Jumlah melanin kurang akan menghasilkan kulit yang lebih cerah. Proses pemutihan ini bermula dari dalam(lapisan dermis) ke luar(lapisan epidermis). Proses pemutihan akan dialami bermula dari kepala hingga ke kaki yang membawa maksud anda akan mengalami pemutihan kulit untuk seluruh badan anda.
Seperti yang diketahui secara saintifik, kulit manusia mempunyai 3 lapisan asas. Lapisan paling dalam adalah dermis yang bertanggungjawab menghasilkan sel kulit yang baru. Lapisan tengah adalah hipodermis yang terdiri daripada sel-sel yang telah matang dan bersedia untuk menjadi lapisan paling luar. Dan lapisan terakhir adalah epidermis yang mana lapisan nipis ini terdiri daripada sel-sel kulit mati, rosak dan juga adalah benteng pertama yang akan menerima sinaran uv secara terus. Ini adalah salah satu sebab kenapa kesan awal pemutihan mengambil masa untuk dilihat.

7. Bolehkah saya berhenti menggunakan suntikan glutathione sebaik sahaja saya mendapat hasil yang saya ingini?

Boleh, Ianya terpulang pada anda. Walau bagaimanapun, glutathione bukan sahaja merupakan agen pemutihan, ianya juga amat baik untuk kesihatan anda.  Ia bertindak sebagai  anti oksidan yang akan meningkatkan keupayaan sistem imun dan menolong menghalang penyakit kanser terutamanya kanser hati. Tanpa perlindungan glutathione, sel tubuh akan cepat mati, membuatkan kulit kelihatan cepat tua, dan mengakibatkan mereka berhadapan dengan risiko pemgumpulan toksin yang  mendorong kepada penyakit kanser hati.


8. Adakah kesan pemutihan glutathione adalah bersifat kekal?

Kesan pemutihannya bersifat kekal hanya jika anda kurang terdedah dengan sinaran matahari. Anda tidak akan kembali menjadi kulit sebelumnya walaupun anda berhenti mendapatkan suntikan atau pil. Walau bagaimanapun, akan berlaku kecenderungan anda menjadi sedikit gelap(tan) atau gelap bergantung kepada berapa lama anda terdedah dengan sinaran matahari dan lain-lain elemen yang boleh menyebabkan kulit menjadi gelap semula.

9. Adakah pendedahan di bawah sinaran matahari akan mempengaruhi proses pemutihan?

Ya, ianya akan membuat proses tersebut menjadi lebih perlahan disebabkan proses pembentukan melanin yang berterusan. Jika anda mahu keluar dari rumah di bawah cahaya matahari yang terik, pastikan anda memakai sunscreen 40 hingga 80 SPF.



***PERHATIAN : 

Sebelum melakukan suntikan, pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor yang bertauliah terlebih dahulu berkenaan dengan cara penggunaan dan suntikannya. Setiap suntikan yang ingin dilakukan mestilah melalui doktor yang bertauliah dan atas nasihatnya. 

© Beauty Skin Injection
Blogger E-commerce powered by Beauty Skin Injection.